13 October 2014

Manfaat Sayur Bayam

Enam manfaat sayur bayam
1. Baik untuk jantung
Bayam kaya dengan antioksidan. Ia mampu mencegah plak kolesterol daripada berkumpul di saluran arteri jantung sekaligus mengurangkan risiko terkena penyakit jantung.
2. Tulang lebih kuat
Bayam dapat mencegah osteoporosis dikalangan individu yang lanjut usia. Ini kerana bayam mengandungi vitamin K yang membantu dalam penyerapan kalsium oleh tulang.
3. Mencegah kanser
Bayam juga mengandung flavonoid yang mampu mengurangkan risiko penyakit kanser kolon, ovari, paru-paru dan prostat.
4. Membina sel darah merah
Bayam kaya dengan zat besi yang sangat penting untuk membina sel darah merah. Sel darah merah bertindak membawa oksigen ke seluruh tubuh. Kekurangan zat besi akan membuat badan anda terasa lemah, kehilangan tenaga, mengantuk dan juga Anemia.
5. Membantu pembentukan janin yang sihat
Bayam mengandungi folat dan vitamin A yang sangat penting dalam pembentukan bayi yang sihat. Ibu yang mengandung dinasihatkan agar mengambil bayam dalam kuantiti yang secukupnya agar bayi dalam kandungan dapat berkembang dengan sempurna.
6. Mengawal tekanan darah
Selain itu, bayam juga sangat bermanfaat untuk mengawal tekanan darah. Amalan memakan sayur bayam dapat mengelakkan anda dari mendapat penyakit darah tinggi.
Sumber: Info Rasa
Bayam merupakan tumbuhan hijau yang banyak khasiatnya. Namun, ada sesetengah orang tidak mengemari sayuran hijau ini terutamanya kanak-kanak. Tambahan pula, khasiat bayam ini mudah hilang sewaktu proses memasaknya. Bagaimana caranya supaya kita memperolehi khasiat bayam dengan mudah dan terbaik? Tahukah anda salah satu bahan dalam qaseh junior adalah bayam?

19 September 2014

Ginkgo biloba



Ginkgo biloba terdapat dalam ketiga-tiga produk qaseh iaitu qaseh gold adinda, qaseh gold kekanda dan qaseh gold junior. Kenapa ginkgo biloba ini digunakan dalam ketiga-tiga produk qaseh? Apakah kebaikan dan kepentingannya? 

Dipetik daripada sumber harian metro, ginkgo biloba mampu menggalakkan pengaliran darah dan bekalan oksigen ke otak, mengurangkan kecenderungan pembekuan darah dan sebagai antioksidan yang terbaik.

Apa Itu Ginkgo Biloba?

Ginkgo Biloba adalah antara salah satu spesis pokok yang tertua di dunia. Ekstrak daun Gingko biloba sering digunakan bagi tujuan rawatan. Secara tradisional ,Ginkgo digunakan dalam rawatan sebagai supplemen bagi membantu meningkatkan peredaran darah dan meningkatkan daya ingatan.

Bagaimana Ginkgo Bertindak Dalam Badan?

Para saintis menemui 40 jenis bahan dalam gingko, namun hanya dua jenis bahan iaitu flavanoids dan terpenoids sahaja yang dipercayai bertindak sebagai ubat.

1. Flavinoids - adalah antioksidan yang berasal daripada tumbuhan dan kajian ke atas haiwan menujukkan ia dapat memelihara saraf ,otot-otot jantung, salur darah dan retina mata daripada kerosakan.
2. Terpenoids - bertindak dengan meningkatkan pengaliran darah melalui pembesaran salur darah dan mengurangkan kepekatan platelet.

Apakah Kegunaan Gingko biloba dalam Rawatan?

Banyak kajian saintifik telah dilakukan ke atas ginkgo biloba bagi mengenalpasti fungsi ginkgo dari aspek perubatan. Di antara kegunaan ginkgo adalah seperti berikut:

Fungsi kognitif (daya pemikiran dan ingatan)
Ginkgo sering diperkatakan sebagai "brain herb". Terdapat beberapa hasil kajian yang yang mengaitkan dengan peningkatan daya ingatan ke atas pesakit dementia namun tiada kesan sedemikian dikesan bagi individu yang sihat.yang mengalami kekurangan daya ingatan akibat peningkatan umur.
   
Raynaud’s Syndrome (rasa sakit terutama pada jari tangan dan kaki kerana sejuk)
Terdapat kajian yang menunjukkan pesakit yang mengambil Ginkgo dapat mengurangkan simptom penyakit selepas 10 minggu penggunaan berbanding dengan pesakit yang tidak mengambilnya.
   
Premenstrual Syndrome (PMS)
Ginkgo juga dikatakan dapat mengurangkan simptom yang berkaitan dengan PMS

Glaukoma
Terdapat kajian yang menunjukkan pengambilan Ginkgo dengan dos 120mg selama 8 minggu memperbaiki daya penglihatan pesakit glaucoma.

Sakit kaki ketika berjalan akibat aliran darah yang lemah
Terdapat hasil kajian yang menunjukkan apabila mengambil ginkgo, pesakit yang mengalami masalah ini dapat berjalan dengan lebih jauh tanpa merasai kesakitan.

Vertigo (gangguan keseimbangan) dan peningGinkgo mungkin dapat mengurangkan simptom akibat pening dan gangguan keseimbangan

Meningkatkan tahap penglihatan warna pesakit diabetes
Meningkatkan tahap penglihatan warna pesakit diabetes Terdapat hasil kajian yang menunjukkan dengan mengambil ekstrak ginkgo untuk tempoh 6 bulan boleh memperbaiki tahap penglihatan warna bagi pesakit yang mempunyai kerosakan retina akibat penyakit diabetes


Adakah pengambilan Gingko ini selamat?

Pengambilan ekstrak gingko dalam dos yang sesuai dikatakan selamat. Namun terdapat kesan –kesan sampingan minima yang mungkin dialami seperti berikut:-

  •     Pening
  •     Sakit kepala
  •     Jantung berdebar-debar
  •     Sakit perut
  •     Alergi pada kulit
  •     Mudah berdarah/lebam

*Nota: Sila dapatkan nasihat doktor/Ahli farmasi sekiranya kesan –kesan di atas didapati berpanjangan.


sumber: http://www.myhealth.gov.my/index.php/my/ubat-a-anda/fakta-ubat/ginkgo-biloba

03 September 2014

Jom kenali Za'faran

Za'faran merupakan salah satu bahan yang terkandung di dalam Qaseh.  Za’faran atau Saffron adalah sejenis pokok herba dari keluarga Loridacces. Ia mempunyai khasiat dan nilai komersial yang tinggi sehingga dikategorikan sebagai antara rempah yang terbaik, terwangi dan termahal di dunia.


Antara khasiat Za’faran berdasarkan kitab-kitab perubatan Islam ialah:
1. Mencerdaskan minda dan menyembuhkan masalah kulit.
2. Mengubati penyakit radang paru-paru, sakit tekak dan tonsil.
3. Menghindarkan demam, batuk, selsema, migrain, asma, muntah-muntah dan penyakit buah pinggang.
4. Membantu menyelesaikan penyakit sawan dan insomnia.
5. Membantu membuka selera makan.
6. Mengubati masalah bengkak hati.
7. Memudahkan penghadaman dan menghilangkan bau mulut.
8. Membuang angin dan asid yang berkumpul dalam perut.
9. Mengatasi masalah sembelit.
10. Menguatkan ingatan dan menghilangkan keletihan.

bunga za'faran

 za'faran

sumber : majalah rasa

14 August 2014

Kenapa Qaseh tak berkesan / tak nampak hasil seperti yang diharapkan?

Rata-rata yang saya lihat ramai orang hanya mencuba Qaseh separuh jalan kerana

1. Mahu kesan yang segera 
Ada di antara pengguna yang mengambil Qaseh atas tujuan tertentu contohnya untuk mengubati resdung, asma, untuk hamil, susu banyak dan banyak lagi. Mereka mengharapkan dengan minum qaseh dalam masa beberapa hari ataupun minggu, mereka akan dapat lihat kesannya dengan segera. Ada kalanya sebab masalah dihadapi agak kritikal, mereka tak sabar untuk menyelesaikannya. Sebagai contoh, seorang ibu yang mengalami masalah susu akan panik untuk mencari cara untuk menambahkan/ memperbanyakkan susu badan dengan segera. Pemikiran sebegitu adalah kurang tepat dan perlu diingatkan kesan yang dialami adalah berbeza pada setiap orang. Ada yang cepat dan ada yang lambat bergantung kepada tahap keseriusan sesuatu masalah. Ini mungkin disebabkan banyak sistem dalam badan yang perlu di perbaiki dahulu sebelum mencapai apa yang di kehendaki. Ada juga kes yang belaku di mana apa yang dihajati tak diperolehi sebaliknya kesan lain yang diperolehi. Sebagai contoh, ada customer yang amalkan qaseh untuk hamil, namun rezeki untuk hamil belum tiba tetapi masalah lain pula hilang. qaseh telah membantu customer ini untuk mengatasi masalah haid tak teratur, senggugut dan keputihan. Indah bukan, kita cuba untuk satu tujuan tapi kita perolehi lebih dari itu.


2. Tidak konsisten dan sering terlupa ataupun malas
Ada customer yang berhenti menggunakan qaseh kerana tidak menampakkan hasil padahal dia sendiri yang tidak mengamalkan qaseh secara konsisten. Apa-apa jenis makanan atau supplement yang kita amalkan jika tidak dilakukan berterusan, tidak akan menunjukkan hasil yang diharapkan. Sama seperti mencuci muka setiap hari, jika kita sering terlupa atau tertinggal rutin ini, tak mustahil kulit muka kita tidak licin dan halus seperti yang diidam-idamkan. Untuk mengatasi masalah sering terlupa atau pun malas ini, cuba letak qaseh di tempat yang sering kita lalu atau mudah ambil. Atau boleh minta pasangan untuk saling mengingati, kan lebih manis .. :)



3. Healing Crisis
Ada sesetengah individu yang mengamalkan qaseh akan mengalami healing crisis di permulaannya kerana proses detoks/ membuang toksin dalam badan. Ada yang mengambil masa beberapa hari dan ada yang berminggu-minggu. Bergantung kepada tahap toksin dalam badan masing-masing. Antara healing crisis yang belaku adalah seperti sakit kepala, rasa nak demam, lemah badan, sering buang air, berpeluh yang banyak dan macam-macam lagi. Hal ini menyebabkan mereka takut untuk meneruskan qaseh kerana takut kesannya. Untuk mengatasi healing crisis ini mereka digalakkan untuk minum air dengan secukupnya agar tidak berlaku dihidrasi.


4. Tidak yakin, sekadar mencuba - hangat-hangat tahi ayam ataupun hanya suka-suka.
Ada customer yang suka mengikut trend semasa. Mahu mencuba yang baru dan tiada kesungguhan kerana tidak yakin dengan makanan sunnah boleh merawat penyakit. Ketahuilah, punca penyakit boleh disebabkan oleh permakanan dan rawatan juga boleh dilakukan dengan pemakanan yang betul.


5. Mahal
Produk qaseh ini mahal? bukankah lebih baik mencegah daripada merawat? ini kerana kos rawatan jauh lebih tinggi sekiranya anda menghidapi sesuatu penyakit. Jika imuniti sistem anda lemah, anda perlu kerap ke klinik untuk mendapatkan ubat dan rawatan. Dengan Qaseh, insyaAllah membantu meningkatkan sistem imuniti anda dan keluarga malah anda tak perlu lagi bergantung kepada ubat-ubatan moden yang banyak bahan-bahan kimia dan dadah.  


Jadi, kepada anda yang inginkan hasil yang optimum.. jangan culas mengamalkan Qaseh.
InsyaAllah anda sihat dan pahala pun dapat kerana mengamalkan makanan sunnah ini. Rasulullah s.a.w. dah tinggalkan kita contoh yang baik sebagai panduan kita. Setiap sunnah rasulullah s.a.w. mempunyai hikmah dan khasiat yang banyak samaada kita sedar atau tidak.

26 May 2014

Gastrik

Gastrik atau istilah perubatannya, gastritis, adalah sejenis penyakit keradangan pada dinding/ pengalas/ mukosa perut. Lazimnya, keradangan berpunca daripada jangkitan bakteria helicobacter pylori (H. pylori) yang turut menjadi penyebab utama kepada kebanyakan ulser perut. Amalan pemakanan yang tidak sihat atau tidak teratur, pengambilan sesetengah ubatan serta tekanan hidup turut dikaitkan dengan masalah gastrik.

Bagaimana Qaseh dapat membantu pesakit Gastrik:

Qaseh mengandungi madu asli yang bersifat anti radang dan anti bakteria berupaya melemahkan dan menghalang pembiakan bakteria helicobacter pylori (H.pylori) dalam perut yang menjadi punca utama masalah gastrik.
madu, qasehdarwisyah


Kurma yang terdapat dalam Qaseh kaya dengan triptofan iaitu sejenis asid amino yang diperlukan untuk menghasilkan serotonin dalam tubuh. Serotonin berfungsi menstabilkan mood dan melegakan tekanan yang turut menjadi antara penyumbang kepada masalah gastrik.
kurma, qasehdarwisyah


Mengandungi prebiotik semulajadi daripada gum Arab yang juga tergolong dalam fiber mudah larut. Manfaat prebiotik semulajadi ini adalah untuk menggalakkan penghasilan lebih banyak bakteria baik dalam sistem penghadaman dan berkesan melindungi kita daripada masalah gastrik.

gam arab, qasehdarwisyah

Mengandungi minyak zaitun yang dapat mencegah dan membantu merawat jangkitan bakteria H.pylori dan seterusnya menghalang gastrik dan ulser.
minyak zaitun, qasehdarwisyah


Qaseh Gold Kekanda, Qaseh Gold Adinda dan Qaseh Gold Junior mengandungi semua ramuan-ramuan di atas untuk membantu pesakit-pesakit gastrik.

20 May 2014

Lelah / Asthma

Lelah atau asthma merupakan penyakit kronik paru-paru yang biasanya menyerang saluran pernafasan pada paru -paru menyebabkan saluran pernafasan mengalami radang (inflamasi) hingga menyebabkan penyempitan pada saluran nafas (hiper-responsif), yang mana pada akhirnya seseorang itu boleh mengalami kesesakan nafas.

Penyakit lelah amat berbahaya dan boleh membawa maut jika tidak dirawat dengan segera. Ini kerana pesakit tidak dapat bernafas dengan lancar ketika serangan lelah berlaku.

Qaseh Gold dapat membantu pesakit lelah dalam mencegah serangan lelah. Antara kebaikan Qaseh untuk pesakit lelah adalah:




Kandungan madu dan kurma yang terdapat dalam Qaseh dapat membantu meningkatkan tahap imunisasi badan.
kurma, qasehdarwisyah


Kandungan Habbatus Sauda dalam qaseh juga dapat mengurangkan masalah inflamasi dalam saluran pernafasan pesakit lelah.
habbatus sauda, qasehdarwisyah


Madu dapat memanaskan badan secara semula jadi jika diamalkan secara istiqamah.

madu, qasehdarwisyah



Madu, kurma, habbatus sauda, buah tiin dan air zam-zam merupakan kandungan utama Qaseh Gold Adinda, Qaseh Gold Kekanda dan Qaseh Gold junior.

Produk Qaseh membekalkan semua keperluan zat-zat yang anda perlukan untuk membantu melawan penyakit asma.

https://www.facebook.com/qasehdarwisyah

19 May 2014

Khasiat Madu

Madu ialah sejenis manisan dihasilkan oleh lebah menggunakan nektar bunga. Kepelbagaian madu terhasil daripada lebah madu (genus Apis) ialah yang paling selalu menjadi rujukan dan jenis madu yang dipungut oleh penternak madu serta kegunaan oleh manusia. Madu yang dihasilkan oleh lebah dan serangga lain mempunyai sifat berlainan.


Rasa madu yang manis adalah kerana fruktosa monosakarida dan glukosa.

Fungsi Madu Dan Peranannya.

  • Meningkatkan kadar serapan kalsium dalam badan
  • Dapat meningkatkan hemoglobin dan dapat mencegah dari serangan anemia.
  • Bila dicampurkan sedikit cuka ia dapat merawat arthirik sendi
  • Kegunaan madu secara luaran juga dapat mempercepatkan lagi proses penyembuhan.
  • Dapat meningkatkan pengeluaran gastrointestinal untuk merawat ulcer.
  • Sumber laxative yang natural dan lembut
  • Sumber utama vitamin dan mineral yang kaya.
  • Sumber tenaga yang hebat dan semulajadi tidak seperti gula pasir yang memudaratkan


Antara Khasiat-khasiat madu adalah:

A) MENGEMBALIKAN KEKUATAN TUBUH

1. Memulih, menyegar dan menambah tenaga tubuh badan.
2. Memulihkan sel-sel urat besar.
3. Menjaga dan mengimbangi kekuatan badan.
4. Merangsang tenaga batin.

B) MEMBERSIH DAN MENAMBAH DARAH.

1. Memulihkan kembali bekuan darah dan membetulkan pengaliran darah.
2. Membersihkan lapisan darah dan darah menjadi bersih.
3. Mengimbangi kandungan lemak dan membuat janlung aktif.
4. Menghilangkan rasa kebas-kebas dan mengurangkan tekanan darah tinggi.
                     
KELEBIHAN

1. BAYI/KANAK-KANAK:

a) Membantu pertumbuhan janin dan bayi dari segi fizikal dan mental.
b) Menyembuh dengan segera cirit-birit.
c) Mengelak daripada cacing perosak dalam perut.
d) Mengeluarkan lendir dalam badan bayi dan menguatkan minda kanak-kanak.


2. REMAJA:

    Membantu menyempurnakan kesihatan berkekalan.

3. WANITA:

a) Menambah kejelitaan rupa paras yang asli dan tubuh badan yang menarik.
b) Mempunyai kulit yang halus, bersih dan berseri-seri.

4. LELAKI:

a) Tampan dengan kekuatan asli dan kelihatan lebih muda.
b) Menguatkan tenaga batin.

5. PENGIDAP KENCING MANIS (DIABETIS):

    Menstabilkan kandungan gula dala darah. (Gantikan gula kepada madu lebah)
         
6. UNTUK SEMUA:

a) Mengelak dari kegemukan yang tidak terkawal.
b) Memudahkan proses penghadapan dan lawas buang air.
c) Memulihkan penyakit berpanjangan.
d) Menguatkan jantung, buah pinggang dan badan.
e) Menyembuhkan penyakit dalam perut.
f) Mempercepatkan luka atau kesan pembedahan sembuh.
g) Memulihkan batuk dan lelah.
h) Menghindarkan badan letih dan lesu.
i) Kurangkan kesakitan bila datang haid.
j) Baik untuk perempuan bersalin.
k) Membantu/menerangkan pemandangan.
         
CARA MENGGUNAKANNYA

1. Tukar atau kurangkan penggunaan gula kepada madu dalam penyediaan minuman harian.
2. Campurkan sedikit madu ke dalam air suam sebagai minuman.
3. Campurkan madu di dalam segala persediaan membuat kuih/masakan. Keharuman madu akan menawan selera anda.
4. Jika batuk atau lelah, minum satu atau dua sudu madu. Jangan dicampur dengan ais. (Berhati-hati jangan tersedak)
5. Untuk memulihkan tenaga, campurkan telur ayam kampung dengan sedikit madu. Dikacau kemudian diminum.
6. Campurkan sedikit madu ke dalam minuman kanak-kanak, kanak-kanak akan lena dengan nyenyak.
7. Minumlah sesudu besar madu bersama segelas air suam setiap pagi untuk kesegaran sepanjang hari.
8. Penyakit mata, Titiskan sedikit madu pada mata.
9. Sapu pada kesan gigitan atau sengatan serangga berbisa.

"MIRACLE ANTIBI0TIK"

KEAJAIBAN MADU SANG LEBAH

Setiap kali penggunaan Madu Lebah, mulakan dengan Bismillah......
disambung dengan Solawat ke atas Nabi Junjungan 3 kali. Gunakan
dengan penuh yakln.

SAPULAH MADU JIKA ANDA

a) Kemalangan ke atas luka; memberhentikan darah dengan segera dan luka terlindung dari kuman.
b) Kelecuran akibat api, air panas, ekzos motor, minyak panas dan lain-lain.
c) Kudis, kurap dan lain-lain penyakit KULIT.
d) Sakit mata - Titiskan madu lebah dalam mata.

MENAMBAHKAN KELAZATAN MAKANAN

a) Makan bersama roti / biskut.
b) Bahan membuat kuih / kek.
c) Goreng atau panggang ayam.

31 March 2014

Hidup lebih aktif dan ceria tanpa senggugut

Serangan dysmenorrhea ataupun senggugut sering berlaku kepada wanita setiap kali datangnya haid. Kadang kala kesakitan yang dialami agak serius terutama di bahagian otot perut menyebabkan ada sesetengahnya hanya mampu terbaring di katil bagi mengurangkan kesakitan.
Ada beberapa tip mudah untuk mengelakkan daripada serangan senggugut yang boleh dijadikan amalan. 

 
Senaman ringan
Terdapat beberapa jenis senaman ringan yang dapat melegakan kesakitan senggugut seperti lompat bintang, hula-hoop dan berjogging. Aktiviti senaman ini dapat meregangkan otot serta mengurangkan tekanan dan kekejangan otot. 

Air
Air amat penting dalam kehidupan seharian. Setiap orang digalakkan mengambil sekurang-kurangnya 8 gelas air sehari agar dapat membantu proses penghadaman yang baik dan lancar. Ini  sekaligus mencegah penyimpanan air berlebihan dalam badan yang juga disebabkan perubahan hormon pada setiap bulan.

Kalsium yang cukup
Makanlah makanan yang kaya dengan kalsium seperti susu, kobis, brokoli dan yogourt kerana 
ia mampu mengelakkan kekejangan otot yang kerap melanda wanita terutama ketika awal kedatangan haid. Wanita memerlukan sekurang-kurangnya 1,200 mg kalsium setiap hari bagi membantu melancarkan aliran darah kotor tersebut.

 ‘Say No To Salt & Caffein!’
Biasanya wanita akan mengalami sedikit penambahan berat badan setiap kali kedatangan haid kesan daripada simptom retensi atau pengumpulan air dalam badan.  Pengambilan makanan segera yang tinggi kandungan garam boleh menyebabkan pengumpulan air yang banyak dan keadaan ini pasti mengundang ketidakselesaan pada perut.
Begitu juga dengan kandungan kafien yang terkandung di dalam minuman seperti kopi. Ia dikatakan mampu menyebabkan saluran darah mengecut serta menyebabkan kesakitan pada bahagian abdomen  dan kekejangan otot. Jadi, cuba kurangkan pengambilan kafien dan garam dalam menu seharian.


sumber info - majalah RAPI


Apa kaitan Qaseh Adinda dengan sengugut?
Di dalam Qaseh terdapat kurma, madu, habatus sauda. buah tiin, zaitun, delima, air zam zam, gam arab, za'faran, gingko, sireh, passiflora, pegaga dan manjakani.

Qaseh adinda terbukti merawat masalah senggugut yang dihadapi oleh kaum wanita berdasarkan testimoni-testimoni mereka yang mengamalkannya termasuklah diri saya sendiri.




24 February 2014

SOLE - Pati Kristal Garam Mineral

SOLE - Disebut dengan sebutan "Solay"

sole


Sole merupakan pati garam mineral yang di ambil dari kawasan pergunungan himalaya.

Kepekatan garam mineral yang terkandung dalam Sole ini tinggi dan hanya perlu dicampur sebanyak beberapa titis sahaja ke dalam minuman anda untuk menikmati diet garam mineral yang seimbang.

Minuman Sole membekalkan 84 zat mineral yang lengkap dan seimbang serta mudah diserap oleh sel-sel tubuh.

sole


Antara kebaikan Sole adalah:

  • Tumbesaran optimum fizikal dan mental kanak-kanak.
  • Pembentukan kolagen semulajadi kulit.
  • Menguatkan gusi, seimbangkan pH mulut untuk kesihatan dental anda.
  • Menormalkan sistem pernafasan.
  • Menyokong fingsi otak dan perkembangan neuron yang sihat.
  • Memulihkan pH usus, menggalakkan metabolisme asid amino (protein).
  • Menyokong perkembangan fetus dalam kandungan.
  • Melaraskan fungsi rahim, kesihatan vagina dan menormalkan kitaran haid.
  • Membantu penghasilan hormon seimbang.

sole


Tips Penggunaan:

Campurkan 3 ml SOLE ke dalam satu gelas air dan minum pada waktu pagi sebelum menggosok gigi.

Campurkan 5ml lagi ke dalam air minuman 1.5 liter untuk diminum sepanjang hari.

1 ml = 7 titis SOLE
3 ml = 21 titis SOLE
5 ml = 35 titis SOLE
Satu botol 1.5L = 35 titik = 5ml SOLE

Sole juga boleh dicampur ke dalam jus buah, air minuman seperti teh, air panas dan macam-macam lagi minuman yang halal.

Penggunaan yang kerap tidak akan memberikan kesan sampingan. Pengambilan Sole mementingkan kekerapan meminum dan bukan kepekatan Sole.

Harga sebotol 170ml Sole adalah RM52 sahaja.

20 February 2014

Khasiat Gum Arabic

Sedikit perkongsian mengenai Gum Arabic....

The US Food and Drug Administration (FDA) menyatakan Gum Arabic (GA) adalah satu sumber serat yang paling selamat. Jawatankuasa Bersama Pakar Food and Agriculture Organization (FAO) & World Health Organization (WHO) menyatakan Gum Arabic sebagai bahan tambahan makanan yang amat selamat.

Hamid Al-Amin, pensyarah di Kolej Kebangsaan Sudan, dalam satu kajian mengenai perubatan kegunaan Gum Arab, menamakan kelebihan Gum Arabic dalam rawatan lain penyakit  seperti selsema dan cirit-birit di beberapa negara Afrika. Beliau juga mengkaji sumbangan Gum Arabic dalam mengurangkan kadar jangkitan penyakit jantung dengan menambah pengambilan serat dan merendahkan kadar kolesterol dalam darah, di samping itu, Gum Arabic juga dapat meningkatkan kecekapan insulin untuk membantu pesakit diabetes. Saya berpendapat, anda harus mencuba untuk melihat keberkesannya kepada anda, jangan hanya percaya kepada dakwaan, kerana keberkesanannya mungkin berbeza bagi sebahagian orang.

Prof. Omaima Mohi-Eddin Sabir, seorang pakar pediatrik, berkata, penyelidikan perubatan dijalankan ke atas Gum Arabic telah membuktikan bahawa ia berkesan dalam rawatan pelbagai penyakit seperti penyakit usus dan lain-lain. Beliau menambah bahawa ia telah terbukti amat berkesan dalam rawatan penyakit kulit sensitif, sembelit, cirit-birit, kekeringan saraf kolon, kencing manis, oestomalacia kanak-kanak, hiperaktif, kolesterol, dan lain-lain. Saya suka mengingatkan pengguna bahawa keberkesanannya mungkin berbeza bagi sebahagian orang.

Dr. Isam Siddiq, seorang pakar  dalam Gum Arabic dari Sudan, berkata, Gum Arabic adalah bahan prebiotik dan merupakan makanan tambahan yang amat penting untuk menyediakan badan dengan tenaga dan membantu meningkatkan prestasi usus.

Kajian menunjukkan pengambilan Gum Arabic selama 30 hari sebanyak 15 gram hingga 30 gram dapat mengurangkan paras kolestrol dalam darah.

Kajian oleh Glover et al. (2009) mencadangkan Gum Arabic juga dapat membantu dalam merawat penyakit jantung. Sila dapatkan nasihat doktor anda.

Gum Arabic juga dapat merawat penyakit-penyakit berkaitan saluran gastro usus. Saluran gastro usus adalah kawasan esafagus, perut, usus kecil, kolon, rektum, dan dubur.

Gum Arabic juga dapat merawat masalah buasir.

Gum Arabic tidak dicerna dalam usus tetapi diperam di dalam kolon dan apendiks, ini menghasilkan asid lemak rantaian pendek (short-chain fatty acid), yang membawa kepada pelbagai kebaikan kepada kesihatan, terutama sebagai prebiotikm bakteria baik yang bertanggungjawab dalam membebaskan sisa najis, toksin dan lemak berlebihan dari badan. prebiotik juga mengukuhkan sistem imuniti dan memerangi bakteria berbahaya. mereka hidup di dalam kolon dan  appendiks, ia juga sedikit sebanyak berperanan mengurangkan kolestrol dalam darah, sebarang antiagen yang melawan pertumbuhan kanser dalam tisu hidup, anti oksidan dan pendinding kepada keracunan hati dan jantung.

Gum Arabic juga dapat membantu merawat cirit birit ringan.

19 February 2014

Khasiat Ramuan - Ramuan Qaseh Gold Junior

Setiap produk Qaseh Gold telah diformulasi secara teliti untuk memberi kesan yang terbaik untuk pemakannya.

Qaseh Gold Junior




Selain mengandugi daripada 8 makanan sunnah yang terbaik (Kurma, Madu, Kismis, Tiin, Zaitun, Delima, Habbatus Sauda & Air Zam Zam), Qaseh Gold juga mengandungi bahan tambahan seperti Za'faran, Garam Bukit, Gam Arab,Pegaga, Badam, Kismis dan Bayam.

Antara Khasiat Qaseh Gold Junior adalah:

  • Membekalkan Tenaga
  • Mencerdaskan Minda
  • Menguatkan Sistem Imun
  • Menyokong Tumbesaran
  • Membekalkan Serat


Jom kita baca dengan lebih lanjut tentang khasiat 15 ramuan Qaseh Gold Junior ini:

Kurma



Buah ini telah dikisahkan dalam surah Maryam dan kaya dengan gula semulajadi untuk membekalkan tenaga fizikal dan minda.

Kajian telah mendapati bahawa kurma kaya dengan sejenis anti oksidan dinamakan polyphenol. Anti oksidan merupakan ajen yang menghalang pembentukan sel kanser dalam badan kita.

Selain itu, serat yang terdapat di dalam kurma dapat membantu dalam sistem pencernaan dengan melawaskan perut dan sekaligus membantu memulihkan sakit buasir dan sembelit.


Madu



Madu merupakan makanan yang digemari ramai kerana sifat kemanisan semulajadinya. Adalah tidak dapat disangkal lagi bahawa madu kaya dengan vitamin dan mineral untuk menyokong sistem tubuh yang sihat. Madu juga baik untuk memberi tenaga dan mencerdaskan minda.

Madu adalah bercirikan anti bakteria, anti oksidan dan anti virus untuk menguatkan sistem imun tubuh.


Kismis



Kismis berupaya membekalkan tenaga dan mencerdaskan minda

Sifatnya yang anti oksidan dan anti bakteria membantu tubuh untuk melawan jangkitan

Mengandungi mineral yang menlindungi gigi dan mata serta menguatkan tulang.


Delima



Secantik kemerahan isi buah delima, ianya juga kaya dengan vitamin dan mineral serta anti oksidan yang dapat mengekalkan perjalanan darah yang lancar ke seluruh tubuh serta membantu menbaik pulih sel tubuh yang rosak akibat radikal bebas.


Zaitun



Minyak Zaitun kaya dengan vitamin E dan polyphenols, sejenis anti oksidan yang berupaya melindungi sel tubuh dari kerosakan.

Mengamalkan minyak zaitun dalam diet seharian dapat membantu memberi perlindungan awal kepada masalah kesihatin seperti masalah jantung.


Gingko



Gingko biloba terkenal sebagai 'herba minda'.

Kajian menunjukkan Gingko berupaya merangsang fungsi minda dan menguatkan ingatan. Gingko mengandungi anti oksidan falvanoid dan terpenoid yang melindungi saraf, otot jantung, pembuluh darah dan retina mata.


Tiin

tiin


Buah yang enak ini dipilih oleh Allah untuk bersumpah dengannya dalam At Tin dan pastinya mempunyai nilai kesihatan yang banyak.

Buah tiin ini adalah sumber mineral, vitamin dan anti oksidan yang penting bagi meningkatkan keupayaan tubuh serta menguatkan sistem imunisasi tubuh bagi melawan penyakit.

Buah tiin juga dikattakan dapat melegakan keletihan dan merangsang fungsi otak.


Badam

Badam


Badam merupakan keluarga kekacang. Ianya kaya dengan pelbagai khasiatnya antaranya riboflavin yang berupaya untuk merangsang aktiviti minda dan meningkatkan stamina tubuh.

Ianya juga kaya dengan protein, vitamin E, dan mineral seperti kalsium, magnesium, potassium dan zat besi serta anti oksidan flavinoid untuk menyokong kesihatan yang baik.


Garam Bukit

garam bukit


Garam semulajadi yang kaya dengan mineral

Membantu memperbaiki sistem pernafasan & melawan jangkitan, merangsang fungsi metabolik, mengimbangi pH tubuh, mengurangkan kekejangan otot, memperbaiki penghadaman, membantu penyerapan mineral dalam sel & menggantikan elektrolit yang hilang.


Habbatus Sauda

habbatus sauda


Juga dikenali sebagai jintan hitam. Kajian mendapati habbatus sauda berupaya meningkatkan sistem imun tubuh & membekalkan tenaga kerana cirinya yang anti bakteria, anti virus, anti histamin, anti fungus & anti oksidan serta dapat membantu mengatasi pelbagai penyakit seperti asma, brokitis, eczema, alahan dan batuk.


Bayam

bayam


Tidak dinafikan bayam ialah sayuran yang padat dengan khasiat kesihatan. Mengandungi falvonoid yang berfungsi sebagai anti oksidan & anti inflamasi untuk meningkatkan kuasa sistem imun.

Bayam juga kaya dengan pelbagai vitamin & mineral seperti zat besi yang dapat membantu mengatasi masalah anemia & keletihan serta kalsium & magnesium untuk permbentukan tulang & gigi yang kuat.


Air Zam Zam

air zam zam


Air yang penuh keberkatan & berupaya merawat pelbagai penyakit.

Mengandungi mineral yang lengkap & seimbang yang dapat membantu meningkatkan sistem imun tubuh.


Za'faran

za'faran


Dikatan rempah termahal di dunia tetapi padat dengan khasiat kesihatan.

Merupakan sumber mineral yang baik kalsium, postassium, zat besi & zink yang sememangnya diperlukan untuk menyokong tumbesaran yang sihat & kuat.

Baik untuk membantu melegakan masalah asma, insomnia, batuk, kemurungan dan penghadaman.


Gam Arab

gam arab



Juga dikenali sebagai gam akasia kerana didapati daripada pokok jenis tersebut.

Merupakan prebiotik semulajadi yang dapat membantu menyihatkan usus & melegakan masalah sembelit.


Pegaga


pegaga


Pegaga juga dikenali sebagai gotu kola membantu melegakan masalah eczema, jangkitan pernafasan, asma, demam, selsema & insomnia.

Pegaga juga dipercayai dapat meningkatkan leupayaan mental & mercergaskan tubuh.



17 February 2014

Qaseh Gold Kekanda.. pelengkap kepada set adinda dan junior

Qaseh Gold bukan hanya untuk kaum wanita dan kanak-kanak. Terdapat Qaseh Gold Kekanda di pasaran untuk kaum lelaki yang ingin menjaga kesihatan, menambah tenaga dan stamina. Sebenarnya, kandungan yang terdapat di dalam Qaseh Gold Kekanda adalah hampir sama dengan kandungan yang terdapat di dalam Qaseh Gold Adinda. Bezanya terletak di tiga jenis ramuan khas di mana ramuan khas untuk wanita adalah manjakani, passiflora dan pegaga. Manakala ramuan khas untuk lelaki adalah Tribulus, Guarana dan ashwaganda.

qaseh gold kekanda

Qaseh Gold Kekanda membantu:
  • Memudahkan pengambilan makanan sunnah harian
  • Menambah tenaga dalaman dan luaran
  • Mencerdaskan minda
  • Membuang toksin
  • Meningkatkan sistem imun
  • Memperbaiki perjalanan darah dan sistem saraf
  • Menstabilkan mood
  • Mencerdaskan minda
  • Mempercepatkan penyembuhan
  • Mengawal tekanan darah
  • Melawaskan pembuangan
  • Meningkatkan libido & keintiman suami isteri

Selain itu Qaseh Gold Kekanda dapat mengatasi masalah seperti:
  1. Keletihan / Kelesuan
  2. Batuk / Sakit tekak / Selsema
  3. Asma
  4. Gastrik
  5. Gout
  6. Migrain
  7. Buasir
  8. Resdung
  9. Sembelit
  10. Tekanan Darah Tinggi
  11. Anemia
  12. Insomia
  13. Sakit sendi & sakit tumit
  14. Stress


11 February 2014

Testimoni.. Anak sihat dan cergas dengan Qaseh Junior

Ni adalah testimoni daripada salah seorang ibu yang memberikan Qaseh Junior kepada anak beliau.




atau untuk lebih lanjut boleh baca di blog beliau : http://myhoneyy.blogspot.com/2013/09/qaseh-gold-junior.html

Terima kasih Puan Hanizan kerana sudi berkongsi pengalaman dengan kami... Semoga dapat dijadikan panduan kepada ibu-ibu dalam memilih Qaseh Junior untuk kesihatan anak-anak mereka.
Sihat itu jihad. Marilah mengamalkan amalan permakanan sihat lagi halal untuk seisi keluarga.
 

07 February 2014

Qaseh Adinda.. untuk si ibu pula

Eh bukan untuk si ibu je tau.. Qaseh Adinda sesuai untuk semua golongan wanita.

Berdasarkan daripada testimoni pengguna Qaseh Adinda..

Qaseh Adinda membantu mengatasi masalah seperti:
- Keletihan/ kelesuan
- Batuk/ sakit tekak
- Selsema
- Gastrik
- Asma
- Gout
- Migrain
- Resdung
- Sembelit
- Tekanan darah tinggi
- Masalah wanita seperti keputihan dan haid tak teratur.
- Kurang keinginan seksual
- Anemia
- Kebas-kebas ringan
- Susah tidur
- Sakit sendi
- Sakit tumit
- Stress

Qaseh Junior.. pilihan untuk si manja anda...

Berikan khasiat dan kebaikan yang terdapat di dalam kurma, madu, kismis dan badam kepada anak-anak anda agar mereka sentiasa cergas, cerdas dan sihat.




InsyaAllah membantu anak-anak dari umur 1 tahun ke atas :-
- membekalkan tenaga
- mencergaskan minda
- menguatkan sistem imunisasi
- menyokong tumbesaran
- membekalkan serat




Qaseh Junior ni sangat sesuai kepada anak-anak terutama sekali kalau anak-anak mudah di serang demam, batuk atau selsema. Juga sesuai kepada anak-anak yang sedang belajar, kurang fokus di sekolah atau aktif bersukan.


06 February 2014

Qaseh Gold pilihan seisi keluarga

Bismillahirahmannirrahim...


Pernahkah anda mendengar mengenai Qaseh Gold? Secara umumnya terdapat 3 jenis Qaseh dipasaran yang sesuai diminum oleh sesi keluarga. Qaseh Kekanda direka khusus untuk kaum lelaki tak kiralah dia bujang, berkahwin atau pun duda. Qaseh Adinda pula untuk kaum wanita sama ada belum berkahwin ataupun sudah berumahtangga. Untuk anak-anak juga tidak dilupakan. Qaseh junior boleh di ambil oleh kanak-kanak seawal usia 1 tahun sehingga 12 tahun. Terdapat banyak khasiat di dalamnya yang dapat membantu anak-anak membesar dengan sihat dan cerdas.




Mari saya kongsikan secara ringkas kandungan yang terdapat di dalam Qaseh Kekanda, Qaseh Adinda, dan Qaseh Junior.

Qaseh Gold
Minuman kesihatan berasaskan makanan sunnah seperti Kurma, Madu, Za'faran, Habbatus Sauda', Buah Tiin (fig), Zaitun dan Air Zam-zam. Dengan tambahan herba tradisi seperti Gingko dan sireh serta khasiat delima dan arabic gum menambahkan lagi khasiat dan kehebatannya.

RUMUSAN TAMBAHAN KHUSUS UNTUK LELAKI (Qaseh Kekanda):
Qaseh Kekanda turut menggabungkan herba khusus untuk lelaki iaitu guarana, ashwaganda dan tribulus.


RUMUSAN TAMBAHAN KHUSUS UNTUK WANITA (Qaseh Adinda):
Qaseh Adinda juga dicampur dengan herba khusus untuk wanita iaitu manjakani, pegaga dan buah markisa.


RUMUSAN TAMBAHAN KHUSUS UNTUK KANAK-KANAK (Qaseh Junior):
Formulasi Makanan Sunnah Unggul dengan tambahan Badam dan Bayam.
Membantu meningkatkan tenaga, mencerdaskan minda serta menyokong tumbesaran dan sistem imun tubuh yang lebih kuat. InsyaAllah.

Anda Juga Mungkin Meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...