Kandungan / Ramuan

Kandungan / Ramuan Qaseh Gold

Kurma
Buah 1001 fungsi yang dikisahkan dalam surah Maryam. Kaya dengan gula semulajadi untuk membekalkan tenaga fizikal & minda. Amalan memakan kurma turut boleh membantu menstabilkan emosi. Kurma juga kaya dengan serat untuk membantu pelawasa.

Madu
Tidak disangkal lagi, madu kaya dengan vitamin & mineral untuk menyokong sistem tubuh yang sihat. Terkenal sebagai egen mencerdaskan minda & meningkatkan tenaga. Madu bercirikan anti bakteria, anti oksidan & anti virus untuk menguatkan sistem imun tubuh.

Kismis
Kismis membekalkan tenaga & meningkatkan keupayaan minda. Bercirikan anti bakteria dan anti oksidan supaya tubuh kuat melawan penyakit. Mengandungi mineral yang melindungi gigi & mata serta hidung.

Delima
Delima kaya dengan vitamin & mineral serta anti oksidan yang dapat mengekalkan perjalanan darah yang lancar ke seluruh tubuh serta membantu membaik pulih sel tubuh yang rosak akibat radikal bebas.

Zaitun
Minyak Zaitun kaya dengan vitamin E & polyphenols, sejenis anti oksidan. Mengamalkan minyak zaitun dalam diet seharian boleh membantu memberi perlindungan awal kepada tubuh daripada risiko penyakit berbahaya seperti masalah jantung.

Gingko
Gingko  biloba terkenal sebagai 'herba minda'. Kajian menunjukkan gingko berupaya merangsang fungsi minda & menguatkan ingatan. Gingko mengandungi anti oksidan flanovoid & terpenoid yang melindungi saraf, otot, jantung, pembuluh darah & retina mata. 

Tiin
Merupakan sumber mineral, vitamin & anti oksidan yang penting bagi meningkatkan keupayaan tubuh serta menguatkan sistem ketahanan tubuh bagi melawan jangkitan. Buah tiin juga dikatakan berupaya melegakan keletihan & merangsang kuasa otak. 

Badam
Badam merupakan sejenis kekacang. Mengandungi riboflavin untuk merangsang aktiviti minda & meningkatkan stamina tubuh. Kaya dengan protin, vitamin E & mineral seperti kalsium, mangnesium, potasium & zat besi serta anti oksidan flavanoid untuk menyokong kesihatan yang baik.

Garam Bukit
Garam semulajadi yang kaya dengan mineral. Membantu memperbaiki sistem pernafasan & melawan jangkitan, merangsang fungsi metabolik, mengimbangi pH tubuh, mengurangkan kekejangan otot, memperbaiki penghadaman, membantu penyerapan mineral dalam sel & menggantikan elektrolit yang hilang. 

Habbatus Sauda'
Juga dikenali sebagai jintan hitam. Kajian mendapati habbatus sauda berupaya meningkatkan sistem imun tubuh & membekalkan tenaga kerana cirinya yang anti bakteria, anti virus, anti histamin, anti fungus & anti oksidan serta dapat membantu mengatasi pelbagai penyakit seperti asma, brokitis, eczema, alahan dan batuk.

Bayam
Tidak dinafikan bayam ialah sayuran yang padat dengan khasiat kesihatan. Mengandungi falvonoid yang berfungsi sebagai anti oksidan & anti inflamasi untuk meningkatkan kuasa sistem imun. Kaya dengan pelbagai vitamin & mineral seperti zat besi yang dapat membantu mengatasi masalah anemia & keletihan serta kalsium & magnesium untuk permbentukan tulang & gigi yang kuat.

Air Zam Zam
Air yang penuh keberkatan & berupaya merawat pelbagai penyakit. Mengandungi mineral yang lengkap & seimbang yang dapat membantu meningkatkan sistem imun tubuh. 

Za'faran
Dikatan rempah termahal di dunia tetapi padat dengan khasiat kesihatan. Merupakan sumber mineral yang baik kalsium, postassium, zat besi & zink yang sememangnya diperlukan untuk menyokong tumbesaran yang sihat & kuat. Baik untuk membantu melegakan masalah asma, insomnia, batuk, kemurungan dan penghadaman.

Gam Arab
Juga dikenali sebagai gam akasia kerana didapati daripada pokok jenis tersebut. Merupakan prebiotik semulajadi yang dapat membantu menyihatkan usus & melegakan masalah sembelit.

Pegaga(Centella)
Pegaga juga dikenali sebagai gotu kola membantu melegakan masalah eczema, jangkitan pernafasan, asma, demam, selsema & insomnia. Pegaga juga dipercayai dapat meningkatkan leupayaan mental & mercergaskan tubuh.

Anda Juga Mungkin Meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...