12 February 2015

Petua melebatkan rambut

Masalah rambut gugur atau rambut nipis boleh terjadi kepada lelaki mahupun wanita. Antara puncanya adalah faktor permakanan yang tidak betul, cara penjagaan rambut yang salah, bahan kimia di sesetengah produk rambut, stress dan banyak lagi.

Pada kanak-kanak terutamanya bayi, botak adalah sesuatu yang normal. Namun adakalanya, si ibu menjadi buntu untuk menggayakan anak mereka terutamanya perempuan kerana kelihatan pelik bila bergaun dengan rambut yang nipis / botak. Maka timbul perlbagai fesyen headband bagi menutup kejanggalan itu.

Bagi yang dewasa, semakin meningkat usia semakin nipis pula rambutnya. Mungkin petua-petua ini boleh anda amalkan untuk melebatkan rambut.


Daun lidah buaya
Ambil dua atau tiga helai daun dan potong kepada dua bahagian. Perah gel yang terkandung di dalam daun tersebut dan sapukan rata pada kulit kepala dan rambut. Biarkan selama setengah jam. Bilas dengan air sederhana suam. Lakukan sekali atau dua kali dalam masa seminggu untuk mendapatkan rambut sihat dan lebat. Mengambil satu sudu jus daun lidah buaya setiap hari ketika perut kosong juga mampu membantu melebatkan rambut.


Jus oren

Kupas kulit buah oren dan tumbuk sehingga lumat. Sapu rata di atas rambut dan kulit kepala. Biarkan selama 15 hingga 20 minit dan cuci sehingga bersih. Lakukan sekurang-kurangnya sekali dalam masa seminggu untuk membantu pertumbuhan rambut pada kulit kepala.


Telur
Pecahkan dua biji telur dan kacau hingga pecah kuning dan sebati. Sapu adunan telur ke atas rambut yang sedia basah. Biarkan selama 10 hingga 15 minit. Cuci rambut dengan air sederhana panas dengan syampu yang sesuai untuk kulit kepala anda agar bau hanyir telur tidak melekat. Cuba lakukan kaedah mudah ini sekali seminggu untuk mendapatkan hasil rambut tebal yang lebih cepat.


Avokado
Lumatkan isi buah avokado bersama pisang dan gaul sehingga rata. Kemudian, sapukan campuran dua buah ini ke atas kulit kepala berserta urutan ringan. Biarkan ia mengering selama setengah jam agar khasiat kedu-dua buah ini meresap masuk ke dalam kulit kepala. Cuci rambut dengan air suam selama 15 minit bersama syampu. Rambut akan kelihatan lebih tebal dan sihat setelah rambut kering sepenuhnya.


Minyak kelapa
Panaskan minyak kelapa dan urut kulit kepala menggunakan minyak kelapa tersebut dengan hujung jari. Lakukan urutan membulat dan tidak terlalu kuat tekanannya. Setelah itu, lindungi rambut dengan tuala tebal yang sudah direndam bersama air panas. Biarkan ia selama setengah jam dan cuci dengan menggunakan syampu. Ulangi kaedah ini sekurang-kurang sekali seminggu untuk memberikan kesan rambut yang lebih tebal dan panjang secepat mungkin.


Daun inai
Ambil beberapa helai daun inai dan kisar bersama sedikit air. Kisar sehingga ia menjadi seakan pes dan biarkan selama beberapa jam. Gunakan pes tersebut ke atas kulit kepala dan perap rambut dengan topi mandian selama tiga jam. Cuci rambut dengan air sehingga bersih bersama conditioner. Amalkan sebanyak dua kali seminggu untuk menggiatkan lagi pertumbuhan rambut dengan lebih pantas.

sumber: Majalah EH!

Tak perlu berbelanja besar ke salun/ pusat rawatan tertentu untuk melebatkan rambut. Cuba sapukan #tonikrambut daripada ana edar ni. InsyaAllah selamat, murah dan mudah untuk melebatkan rambut. Juga sesuai digunakan untuk bayi setiap hari.

Tips: Lumurkan rata ke kulit kepala dan rambut ketika rambut masih lembap dan urutkan perlahan untuk melancar aliran darah di kepala.


No comments:

Post a Comment

Anda Juga Mungkin Meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...