12 February 2015

Petua melebatkan rambut

Masalah rambut gugur atau rambut nipis boleh terjadi kepada lelaki mahupun wanita. Antara puncanya adalah faktor permakanan yang tidak betul, cara penjagaan rambut yang salah, bahan kimia di sesetengah produk rambut, stress dan banyak lagi.

Pada kanak-kanak terutamanya bayi, botak adalah sesuatu yang normal. Namun adakalanya, si ibu menjadi buntu untuk menggayakan anak mereka terutamanya perempuan kerana kelihatan pelik bila bergaun dengan rambut yang nipis / botak. Maka timbul perlbagai fesyen headband bagi menutup kejanggalan itu.

Bagi yang dewasa, semakin meningkat usia semakin nipis pula rambutnya. Mungkin petua-petua ini boleh anda amalkan untuk melebatkan rambut.


Daun lidah buaya
Ambil dua atau tiga helai daun dan potong kepada dua bahagian. Perah gel yang terkandung di dalam daun tersebut dan sapukan rata pada kulit kepala dan rambut. Biarkan selama setengah jam. Bilas dengan air sederhana suam. Lakukan sekali atau dua kali dalam masa seminggu untuk mendapatkan rambut sihat dan lebat. Mengambil satu sudu jus daun lidah buaya setiap hari ketika perut kosong juga mampu membantu melebatkan rambut.


Jus oren

Kupas kulit buah oren dan tumbuk sehingga lumat. Sapu rata di atas rambut dan kulit kepala. Biarkan selama 15 hingga 20 minit dan cuci sehingga bersih. Lakukan sekurang-kurangnya sekali dalam masa seminggu untuk membantu pertumbuhan rambut pada kulit kepala.


Telur
Pecahkan dua biji telur dan kacau hingga pecah kuning dan sebati. Sapu adunan telur ke atas rambut yang sedia basah. Biarkan selama 10 hingga 15 minit. Cuci rambut dengan air sederhana panas dengan syampu yang sesuai untuk kulit kepala anda agar bau hanyir telur tidak melekat. Cuba lakukan kaedah mudah ini sekali seminggu untuk mendapatkan hasil rambut tebal yang lebih cepat.


Avokado
Lumatkan isi buah avokado bersama pisang dan gaul sehingga rata. Kemudian, sapukan campuran dua buah ini ke atas kulit kepala berserta urutan ringan. Biarkan ia mengering selama setengah jam agar khasiat kedu-dua buah ini meresap masuk ke dalam kulit kepala. Cuci rambut dengan air suam selama 15 minit bersama syampu. Rambut akan kelihatan lebih tebal dan sihat setelah rambut kering sepenuhnya.


Minyak kelapa
Panaskan minyak kelapa dan urut kulit kepala menggunakan minyak kelapa tersebut dengan hujung jari. Lakukan urutan membulat dan tidak terlalu kuat tekanannya. Setelah itu, lindungi rambut dengan tuala tebal yang sudah direndam bersama air panas. Biarkan ia selama setengah jam dan cuci dengan menggunakan syampu. Ulangi kaedah ini sekurang-kurang sekali seminggu untuk memberikan kesan rambut yang lebih tebal dan panjang secepat mungkin.


Daun inai
Ambil beberapa helai daun inai dan kisar bersama sedikit air. Kisar sehingga ia menjadi seakan pes dan biarkan selama beberapa jam. Gunakan pes tersebut ke atas kulit kepala dan perap rambut dengan topi mandian selama tiga jam. Cuci rambut dengan air sehingga bersih bersama conditioner. Amalkan sebanyak dua kali seminggu untuk menggiatkan lagi pertumbuhan rambut dengan lebih pantas.

sumber: Majalah EH!

Tak perlu berbelanja besar ke salun/ pusat rawatan tertentu untuk melebatkan rambut. Cuba sapukan #tonikrambut daripada ana edar ni. InsyaAllah selamat, murah dan mudah untuk melebatkan rambut. Juga sesuai digunakan untuk bayi setiap hari.

Tips: Lumurkan rata ke kulit kepala dan rambut ketika rambut masih lembap dan urutkan perlahan untuk melancar aliran darah di kepala.


11 February 2015

Khasiat Madu

Madu memang terkenal sebagai makanan sunnah yang tinggi khasiatnya. Di antara kebaikan yang terdapat di dalam madu:


Melegakan batuk
Madu mengandungi dos dextromethorphan yang berkesan dalam melegakan batuk. Madu bertindak sebagai penyembuh kegatalan dan keradangan yang menyebabkan batuk. Caranya adalah dengan mengambil dua sudu teh sebelum tidur pada waktu malam untuk memastikan tidur anda sentiasa lena dan tidak terganggu akibat batuk.


Mengawal kolesterol tubuh

Kajian di Dubai menjumpai pengambilan madu dengan 250 ml air setiap hari selama 15 hari lebih berkesan dalam merendahkan kadar kolesterol berbanding mereka yang mengambil glukos.


Melembapkan kulit
Madu bertindak sebagai pelembap semulajadi kerana molekul gulanya memastikan kadar air pada kulit sentiasa cukup.


Menghilangkan jerawat
Kandungan antimikrob pada madu boleh mengurangkan keradangan berpunca dari jerawat. Campurkan madu bersama buah pala tanah dan sapukannya di atas jerawat. Biarkan ia selama 20 minit dan cuci sehingga bersih.


Menyembuhkan kesan terbakar
Kajian mendapati kulit yang melecur boleh sembuh lebih cepat dengan menggunakan madu serta kesan parut tidak terlalu ketara berbanding silver sulfadiazine.


sumber: Majalah EH!

10 February 2015

Tip kehamilan

Anak adalah penyeri dalam rumahtangga. Namun, tidak semua pasangan yang berkahwin dikurniakan cahaya mata di awal usia perkahwinan. Bagi yang masih belum mempunyai anak, tidak salah berusaha dan berikthiar untuk hamil. InsyaAllah, berkat usaha dan doa yang tak putus-putus, diizinkan Allah untuk hamil.

Dipetik dari EH!, beberapa tip untuk peluang hamil dan lebih subur.

Diet Sihat
Senaman dan diet yang seimbang membantu tubuh untuk berada dalam keadaan yang baik dan sihat. Tubuh akan lebih bersedia dan mudah hamil jika tubuh dalam keadaan yang sihat. Pengambilan asid folik yang mencukupi dapat membantu untuk hamil.

Berat yang ideal
Berada pada tahap obese atau kurang berat sebenarnya mengurangkan peluang untuk hamil. Pastikan BMI pada tahap 20 hingga 25 jika ingin cepat hamil.

Kerap berhubungan intim
Jika anda mengalami masalah sukar untuk hamil, lakukan hubungan intim lebih kerap bersama pasangan. Peluang lebih banyak untuk berjaya.

Nasihat Doktor
Jika masih belum hamil walaupun pelbagai usaha telah dilakukan, mungkin anda perlu dapatkan nasihat doktor serta melakukan pemeriksaan kesihatan. Doktor boleh mencadangkan kaedah atau rawatan terbaik bagi membolehkan anda untuk hamil.

Tingkatkan kesihatan yang baik buat pasangan
Kehamilan bukan bergantung kepada wanita semata-mata. Pasangan atau suami turut memainkan peranan penting dalam menjamin kualiti sperma yang sihat dan aktif. Mereka juga perlu menjaga kesihatan dan berat badan seperti si isteri.

Posisi Seks yang Betul
Sesetengah posisi seks sebenarnya membantu untuk hamil. Lakukan posisi hubungan intim yang memudahkan sperma untuk berenang ke arah ovum.

Elak Stres
Pasangan yang terlalu inginkan cahaya mata selalunya berada di dalam keadaan tertekan.
Ini patut dielakkan kerana boleh menyebabkan kemurungan, stress dan pergaduhan. Tubuh yang dalam keadaan tertekan mengurangkan peluang untuk hamil.

Petua Qaseh: Amalkan dua sudu qaseh Adinda untuk si isteri dan dua sudu qaseh kekanda untuk si suami setiap hari pagi dan malam untuk peluang hamil.





13 October 2014

Manfaat Sayur Bayam

Enam manfaat sayur bayam
1. Baik untuk jantung
Bayam kaya dengan antioksidan. Ia mampu mencegah plak kolesterol daripada berkumpul di saluran arteri jantung sekaligus mengurangkan risiko terkena penyakit jantung.
2. Tulang lebih kuat
Bayam dapat mencegah osteoporosis dikalangan individu yang lanjut usia. Ini kerana bayam mengandungi vitamin K yang membantu dalam penyerapan kalsium oleh tulang.
3. Mencegah kanser
Bayam juga mengandung flavonoid yang mampu mengurangkan risiko penyakit kanser kolon, ovari, paru-paru dan prostat.
4. Membina sel darah merah
Bayam kaya dengan zat besi yang sangat penting untuk membina sel darah merah. Sel darah merah bertindak membawa oksigen ke seluruh tubuh. Kekurangan zat besi akan membuat badan anda terasa lemah, kehilangan tenaga, mengantuk dan juga Anemia.
5. Membantu pembentukan janin yang sihat
Bayam mengandungi folat dan vitamin A yang sangat penting dalam pembentukan bayi yang sihat. Ibu yang mengandung dinasihatkan agar mengambil bayam dalam kuantiti yang secukupnya agar bayi dalam kandungan dapat berkembang dengan sempurna.
6. Mengawal tekanan darah
Selain itu, bayam juga sangat bermanfaat untuk mengawal tekanan darah. Amalan memakan sayur bayam dapat mengelakkan anda dari mendapat penyakit darah tinggi.
Sumber: Info Rasa
Bayam merupakan tumbuhan hijau yang banyak khasiatnya. Namun, ada sesetengah orang tidak mengemari sayuran hijau ini terutamanya kanak-kanak. Tambahan pula, khasiat bayam ini mudah hilang sewaktu proses memasaknya. Bagaimana caranya supaya kita memperolehi khasiat bayam dengan mudah dan terbaik? Tahukah anda salah satu bahan dalam qaseh junior adalah bayam?

19 September 2014

Ginkgo biloba



Ginkgo biloba terdapat dalam ketiga-tiga produk qaseh iaitu qaseh gold adinda, qaseh gold kekanda dan qaseh gold junior. Kenapa ginkgo biloba ini digunakan dalam ketiga-tiga produk qaseh? Apakah kebaikan dan kepentingannya? 

Dipetik daripada sumber harian metro, ginkgo biloba mampu menggalakkan pengaliran darah dan bekalan oksigen ke otak, mengurangkan kecenderungan pembekuan darah dan sebagai antioksidan yang terbaik.

Apa Itu Ginkgo Biloba?

Ginkgo Biloba adalah antara salah satu spesis pokok yang tertua di dunia. Ekstrak daun Gingko biloba sering digunakan bagi tujuan rawatan. Secara tradisional ,Ginkgo digunakan dalam rawatan sebagai supplemen bagi membantu meningkatkan peredaran darah dan meningkatkan daya ingatan.

Bagaimana Ginkgo Bertindak Dalam Badan?

Para saintis menemui 40 jenis bahan dalam gingko, namun hanya dua jenis bahan iaitu flavanoids dan terpenoids sahaja yang dipercayai bertindak sebagai ubat.

1. Flavinoids - adalah antioksidan yang berasal daripada tumbuhan dan kajian ke atas haiwan menujukkan ia dapat memelihara saraf ,otot-otot jantung, salur darah dan retina mata daripada kerosakan.
2. Terpenoids - bertindak dengan meningkatkan pengaliran darah melalui pembesaran salur darah dan mengurangkan kepekatan platelet.

Apakah Kegunaan Gingko biloba dalam Rawatan?

Banyak kajian saintifik telah dilakukan ke atas ginkgo biloba bagi mengenalpasti fungsi ginkgo dari aspek perubatan. Di antara kegunaan ginkgo adalah seperti berikut:

Fungsi kognitif (daya pemikiran dan ingatan)
Ginkgo sering diperkatakan sebagai "brain herb". Terdapat beberapa hasil kajian yang yang mengaitkan dengan peningkatan daya ingatan ke atas pesakit dementia namun tiada kesan sedemikian dikesan bagi individu yang sihat.yang mengalami kekurangan daya ingatan akibat peningkatan umur.
   
Raynaud’s Syndrome (rasa sakit terutama pada jari tangan dan kaki kerana sejuk)
Terdapat kajian yang menunjukkan pesakit yang mengambil Ginkgo dapat mengurangkan simptom penyakit selepas 10 minggu penggunaan berbanding dengan pesakit yang tidak mengambilnya.
   
Premenstrual Syndrome (PMS)
Ginkgo juga dikatakan dapat mengurangkan simptom yang berkaitan dengan PMS

Glaukoma
Terdapat kajian yang menunjukkan pengambilan Ginkgo dengan dos 120mg selama 8 minggu memperbaiki daya penglihatan pesakit glaucoma.

Sakit kaki ketika berjalan akibat aliran darah yang lemah
Terdapat hasil kajian yang menunjukkan apabila mengambil ginkgo, pesakit yang mengalami masalah ini dapat berjalan dengan lebih jauh tanpa merasai kesakitan.

Vertigo (gangguan keseimbangan) dan peningGinkgo mungkin dapat mengurangkan simptom akibat pening dan gangguan keseimbangan

Meningkatkan tahap penglihatan warna pesakit diabetes
Meningkatkan tahap penglihatan warna pesakit diabetes Terdapat hasil kajian yang menunjukkan dengan mengambil ekstrak ginkgo untuk tempoh 6 bulan boleh memperbaiki tahap penglihatan warna bagi pesakit yang mempunyai kerosakan retina akibat penyakit diabetes


Adakah pengambilan Gingko ini selamat?

Pengambilan ekstrak gingko dalam dos yang sesuai dikatakan selamat. Namun terdapat kesan –kesan sampingan minima yang mungkin dialami seperti berikut:-

  •     Pening
  •     Sakit kepala
  •     Jantung berdebar-debar
  •     Sakit perut
  •     Alergi pada kulit
  •     Mudah berdarah/lebam

*Nota: Sila dapatkan nasihat doktor/Ahli farmasi sekiranya kesan –kesan di atas didapati berpanjangan.


sumber: http://www.myhealth.gov.my/index.php/my/ubat-a-anda/fakta-ubat/ginkgo-biloba

Anda Juga Mungkin Meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...